Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya menghindari fitnah, kerana perkara itu akan mewujudkan rasa tidak puas hati sekali gus menyebabkan perpecahan dalam sesebuah bangsa.
Dalam satu kenyataan di sini pada Isnin, Mohd Tamyes berkata fitnah juga akan menyebabkan maruah seseorang tercemar di mata masyarakat, serta menjadi bahan kritikan, cemuhan dan sindiran tanpa henti, bukan sahaja pada individu tetapi juga keluarga dan sanak saudara.
"Fitnah dengan maksud tuduhan jahat tanpa bukti merupakan satu pembohongan besar yang sangat merugikan, dan termasuk dalam dosa besar yang tidak mendapat keampunan Allah s.w.t selagi tidak diselesaikan sesama manusia, oleh itu Islam melarang umatnya memfitnah atau menyebarkan berita fitnah.
"Sudah sangat jelas bahawa fitnah banyak memberikan kesan negatif pelbagai sudut sama ada fizikal, psikologi, harta benda dan keluarga.
"Urusan masyarakat disibukkan dengan melayan berita fitnah, sehingga urusan membangunkan negara akan tergendala," katanya.
Katanya, setiap anggota masyarakat juga perlu mempunyai tanggungjawab menghentikan berita fitnah daripada terus tersebar, bagi menjaga perpaduan dan kesatuan umat Islam.
"Jika sesuatu dakwaan itu ada asasnya maka pihak-pihak yang terlibat perlu mendatangkan bukti dan diserahkan ke mahkamah syariah untuk proses yang sesuai sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.
"Akhirnya, pihak berkuasa perlu melakukan siasatan lanjut dan membawa mereka yang bersalah ke pihak pengadilan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 17 2019
Mohd Tamyes berkata fitnah juga akan menyebabkan maruah seseorang tercemar di mata masyarakat, serta menjadi bahan kritikan, cemuhan dan sindiran tanpa henti. - FACEBOOK / Dato' Setia Hj Mohd Tamyes Abd Wahid
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Laporan polis dibuat terhadap penceramah, didakwa fitnah Fadhlina
Laporan polis dibuat Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah dan Ketua AMK Cabang Seremban, Mohamad Afif Anuar.
Israel jangan perasan! - Saifuddin Nasution
Kopitiam Malaya menerusi laman X membangkitkan persoalan sama ada Israel akan jadikan Malaysia destinasi pengecualian visa.
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Hati-hati penipuan pelaburan, fitnah media sosial - Fahmi
Beliau berkata masyarakat perlu peka dan membuat semakan terlebih dahulu sekiranya menerima panggilan yang mencurigakan.
Turunkan hantaran, buat permohonan maaf - Wan Ahmad Fayhsal
Ketua Armada Bersatu itu berkata, sekiranya hantaran itu tidak diturunkan, tindakan undang-undang akan diambil.
Shamsul Iskandar hantar notis kepada Chegubard, tuntut ganti rugi RM5 juta
Peguam Datuk SN Nair berkata , anak guamnya menuntut Badrul Hisham menarik balik hantaran di Facebook itu dengan serta-merta.
Fitnah mahu cemar nama baik PMO - Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar akan menghantar notis tuntutan kepada Che'GuBard berhubung fitnah kononnya PMO sudah menjadi lubuk korupsi.